Followers

assalamualaikum to all my loveable viewers!!!

thank you for stopping by
and i hope that i will still get the viewers support
please comment if there's any improvement that i should make!

when Allah is the reason 4 u to live...
so there is no reason for u to quit

dont forget to pray tonight
because Allah never forgot to wake u up every morning

http://facemot.blogspot.com/ http://facemot.blogspot.com/ http://facemot.blogspot.com/ http://facemot.blogspot.com/

~**13 orang yang mendapat doa para malaikat







in the name of Allah,the most gracious the most merciful.


13 orang yang mendapat doa para malaikat~

1) orang yang tido dalam keadaan bersuci (dalam wudhuk)
2) orang yang duduk menuggu waktu solat
3) orang yang berada dalam saf depan solat berjemaah
4) orang yang menyambung saf solat jemaah
5) kalangan malaikat mengucapkan 'amin' ketika imam selesai membaca al-fatehah
6) orang yang duduk di tempat solatnya selepas menunaikan solat
7) orang yang melakukan solat subuh dan asar berjemaah
8) orang yang mendoakan saudaranya tanpa pengetahuan orang yg didoakan
9) orang yang membelanjakan harta ke jalan Allah
10) orang yang bersahur
11) orang yang ziarah orang sakit
12) orang yang berqiamulail pada malam lailatul-qadar
13) orang yang mengaji Al-Quran

semoga kita semua tergolong diantara mereka yang didoakan malaikat.^-^

islamic bloggers can be great too!








In the name of Allah, the Most Gracious the Most Merciful...

alhamdulillah,alhamdulillah, alhamdulillah....

thank you Allah 4 all da blessing.. n TQVM 4 da viewers bcoz still waiting for my next post.. im sorry 4 da delaying.. insyaAllah i will boost up myself in making this blog 'happening' n meaningful as always. mohon doanyer^-^

ok, recently, i just watched 'Istanbul aku datang'... n i really3x like dat film. but based on islamic point of view obviously banyak error!! but i love da way how da film is kind of like cool american teenage film where da music, da scene, da clothes, da charcter of da film is juz rite. i also admire Lisa Surihani's character which she plays da role as 'Dian' or 'Diyan'..whatever... what i like about Diyan is she is an active blogger n has her own followers which always3x following her.

so it makes me realize something, if she can express her daily thoughts n expression in her 'blog diary', i think dakwah also can do da same thing. betul x? dakwah is more universe.. n boleh dikongsi with other muslims in da whole wide world..

so note to self: dakwah through blog! n i mean it! to other bloggers, lets mobilize our post through da Islamic way.

ok, dats all 4 now.. time 4 class.. last but not least; mohon doa ye semua^_^

bestnyer memberi salam(^_______^)


 
In The Name of Allah, The Most Gracious The Most Merciful...

Terdapat banyak hikmah yang Allah SWT letakkan disebalik salam. Sebab itu terlalu banyak hadis-hadis yang menceritakan kelebihan memberi dan menjawab salam. Antaranya ialah:
  1. Nabi Muhammad (صلى الله عليه وسلم) pernah bersabda;

“Demi Tuhan yang diriku di dalam kekuasaan-Nya! Kamu tidak akan masuk syurga sehingga kamu beriman. dan kamu tidak akan beriman sehingga dapat berkasih mesra. Adakah aku belum menunjukkan kepada kamu satu amalan, yang apabila kamu mengerjakan nescaya kamu akan berkasih mesara?”
Para sahabat baginda menjawab;
“Belum Wahai Rasulullah (صلى الله عليه وسلم)”
Kemudian Rasulullah (صلى الله عليه وسلم) pun menerangkan:
“Kembangkanlah memberi salam di antara kamu.” (Hadis Riwayat Muslim daripada Abu Hurairah)
  1. Tambahan daripada itu, malaikat pula akan mendoakan bagi mereka yang memberi dan membalas salam sebanyak 70 kali. Ini dinyatakan didalam hadis;
“Apabila seseorang Islam itu memberi salam kepada orang Islam lalu salamitu dibalasnya, maka berdoalah para malaikat untuknya 70 kali.” (Hadis Riwayat Sahibul Firdaus daripada Abu Hurairah)
  1. Begitu juga dinyatakan bahawa Allah mengampunkan dosa-dosa sahabat handai sesama muslim antara mereka sebelum mereka berpisah. Ini dinyatakan didalam hadis;
“Tiadalah daripada dua orang Islam yang bertemu lalu bersalam-salam melainkan dosa kedua-duanya diampunkan sebelum mereka berpisah.” (Hadis Riwayat Abu Daud, At-Tarmizi dan Ibnu Majah)
  jom sebarkan salam dikalangan kita!!!

7 perkara ganjil di kubur diceritakan si pencuri kain kafan!

In The Name of Allah, The Most Gracious The most Merciful
Assalamualaikum viewers... insaf dan takut sungguh baca artikel ini.. suka admin berkongsi dengan kalian semua...






Terdapat seorang pemuda yang kerjanya menggali kubur dan mencuri kain kafan untuk dijual. Pada suatu hari, pemuda tersebut berjumpa dengan seorang ahli ibadah untuk menyatakan kekesalannya dan keinginan untuk bertaubat kepada Allah s. w. t.

Dia berkata, "Sepanjang aku menggali kubur untuk mencuri kain kafan, aku telah melihat 7 perkara ganjil yang menimpa mayat-mayat tersebut. Lantaran aku merasa sangat insaf atas perbuatanku yang sangat keji itu dan ingin sekali bertaubat."


"Yang pertama, aku lihat mayat yang pada siang harinya menghadap kiblat. Tetapi pabila aku menggali semula kuburnya pada waktu malam, aku lihat wajahnya telahpun membelakangkan kiblat. Mengapa terjadi begitu, wahai tuan guru?" tanya pemuda itu.


"Wahai anak muda, mereka itulah golongan yang telah mensyirikkan Allah s. w. t. sewaktu hidupnya. Lantaran Allah s. w. t. menghinakan mereka dengan memalingkan wajah mereka dari mengadap kiblat, bagi membezakan mereka daripada golongan muslim yang lain," jawab ahli ibadah tersebut.


Sambung pemuda itu lagi, "Golongan yang kedua, aku lihat wajah mereka sangat elok semasa mereka dimasukkan ke dalam liang lahad. Tatkala malam hari ketika aku menggali kubur mereka, ku lihat wajah mereka telahpun bertukar menjadi babi. Mengapa begitu halnya, wahai tuan guru?"


Jawab ahli ibadah tersebut, "Wahai anak muda, mereka itulah golongan yang meremehkan dan meninggalkan solat sewaktu hidupnya. Sesungguhnya solat merupakan amalan yang pertama sekali dihisab. Jika sempurna solat, maka sempurnalah amalan-amalan kita yang lain,"


Pemuda itu menyambung lagi, "Wahai tuan guru, golongan yang ketiga yang aku lihat, pada waktu siang mayatnya kelihatan seperti biasa sahaja. Apabila aku menggali kuburnya pada waktu malam, ku lihat perutnya terlalu gelembung, keluar pula ulat yang terlalu banyak daripada perutnya itu."


"Mereka itulah golongan yang gemar memakan harta yang haram, wahai anak muda," balas ahli ibadah itu lagi.


"Golongan keempat, ku lihat mayat yang jasadnya bertukar menjadi batu bulat yang hitam warnanya. Mengapa terjadi begitu, wahai tuan guru?"


Jawab ahli ibadah itu, "Wahai pemuda, itulah golongan manusia yang derhaka kepada kedua ibu bapanya sewaktu hayatnya. Sesungguhnya Allah s.w.t. sama sekali tidak redha kepada manusia yang menderhakai ibu bapanya."


"Golongan kelima, ku lihat ada pula mayat yang kukunya amat panjang, hingga membelit-belit seluruh tubuhnya dan keluar segala isi dari tubuh badannya," sambung pemuda itu.


"Anak muda, mereka itulah golongan yang gemar memutuskan silaturrahim. Semasa hidupnya mereka suka memulakan pertengkaran dan tidak bertegur sapa lebih daripada 3 hari. Bukankah Rasulullah s. a. w. pernah bersabda, bahawa sesiapa yang tidak bertegur sapa melebihi 3 hari bukanlah termasuk dalam golongan umat baginda," jelas ahli ibadah tersebut.


"Wahai guru, golongan yang keenam yang aku lihat, sewaktu siangnya lahadnya kering kontang. Tatkala malam ketika aku menggali semula kubur itu, ku lihat mayat tersebut terapung dan lahadnya dipenuhi air hitam yang amat busuk baunya,"


"Wahai pemuda, itulah golongan yang memakan harta riba sewaktu hayatnya," jawab ahli ibadah tadi.


"Wahai guru, golongan yang terakhir yang aku lihat, mayatnya sentiasa tersenyum dan berseri-seri pula wajahnya. Mengapa demikian halnya wahai tuan guru?" tanya pemuda itu lagi.


Jawab ahli ibadah tersebut, "Wahai pemuda, mereka itulah golongan manusia yang berilmu. Dan mereka beramal pula dengan ilmunya sewaktu hayat mereka. Inilah golongan yang beroleh keredhaan dan kemuliaan di sisi Allah s.w.t. baik sewaktu hayatnya mahupun sesudah matinya."

Sumber Asal: Kisah Penggali Kubur Dan 7 Perkara Ganjil http://www.hasrulhassan.com/2011/08/kisah-penggali-kubur-dan-7-perkara.html#ixzz251Ni9cuS
Under Creative Commons License: Attribution Share Alike
Follow us: @hasrulhassan on Twitter | bloghasrulhassan on Facebook

jom jadi follower sunnah Rasulullah!! (─‿‿─)



In The Name of Allah, The Most Gracious The Most Merciful

“Barangsiapa yang menghidupkan sunnahku, tanda dia kasih kepadaku, dan barangsiapa yang kasih padaku akan bersama-samaku di syurga”

Assalamualaikum wrt... good day peeps(*^ -^*)... admin kali ni nak share something yang kita selalu terlepas pandang... so as usual, sharing is caring!!!

today's class, my ustazah cerita something yang sangat best sampai terfikir untuk share this with u guys. She told us that this one particular student selalu mimpikan Rasulullah s.a.w.. betapa bestnyer!!! and my ustazah pun believe him ( based on her story la) because she knew that boy wasn't lying. So ustazah ni pun tanya la apa amalan yang dia selalu amalkan sampai boleh mimpikan Rasulullah?

dia cakap, dia amat menitik beratkan sunnah Rasulullah.. dia sangat suka mengamalkan sunnah Nabi. Subhanallah, simple kan? tapi kita ni kadang2 suka pandang remeh pada sunnahnya.

Tapi mimpi ni semua dengan izin dan kebesaranNya. Rezeki muslimin tersebut sebab dianugerahkan mimpi yang sangat baik. Bukan bermaksud kita amalkan sunnah Rasulullah kita akan terus mimpikannya.. OH TIDAK!(▂⊙bukan semudah itu ye. Hanya dengan izin Allah dan hanya mereka yang terpilih sahaja dapat mengecapinya.

Story itulah yang membuatkan saya terfikir, "ok jugak share ni kat blog!". haha... alhamdulillah... so jom amalkan sunnah Rasulullah!!  (◡‿◡✿)
banyak lagi sunnah Rasulullah yang sangat best untuk diamalkan!! ini adalah 7 sunnah basic yang kita perlu amalkan setiap hari(◕‿◕)


how to memorize your Quran fast n quick!!







In The Name of Allah The Most Gracious The Most Merciful

Assalamualaikum peeps!! we meet again in this next issue.. i was browsing the internet and i saw this cool information that i think i should share this with others. so lets take our precious time and read this...

i took this info from my friends website<3 font="font" size="5">credit to Oh Islam!



 Sheikh Abdus Salam Bali mencadangkan cara untuk mengahafal Quran.


1)  Baca ayat dalam baris pertama sebanyak 10 kali dengan melihat mushaf.  Kemudian, ulanginya tanpa melihat mushaf.
(Mesti 10 kali.  Jangan baca 2 kali, terus mahu mengulang.  Cara ini salah.  Ikut pesanan Sheikh dengan membacanya sebanyak 10 kali, barulah kemudiannya mengulang tanpa melihat mushaf, supaya ayat yang mahu dihafal melekat di dalam minda dan tahu kedudukan ayat tersebut di dalam mushaf.)
Jika ada masalah dengan perkataan tertentu, maka bacalah perkataan tersebut dengan satu perkataan sebelumnya dan satu perkataan selepasnya sebanyak 5 kali.  Kemudian, ulanginya tanpa melihat mushaf.

2)  Kemudian, bacalah ayat dalam baris kedua sebanyak 10 kali dengan melihat mushaf.  Selepas itu, ulangi ayat dalam baris kedua tanpa melihat mushaf.

3)  Setelah ayat dalam baris pertama dan kedua dapat dihafal, bacalah kedua-dua ayat dalam baris pertama dan kedua tersebut dengan melihat mushaf pula sebanyak 3 kali.  Selepas itu, ulanginya sebanyak 3 kali juga tanpa melihat mushaf.

4)  Ulangi perbuatan di atas untuk ayat dalam baris ketiga, keempat, kelima dan seterusnya sehingga habis satu muka surat.

Cara di atas adalah cara penghafalan jangka masa pendek.  Dan hafalan boleh hilang dalam masa beberapa minggu.

Alhamdulillah, selesai sudah.. i think its only took for 5 minutes of your time to 'scan' this.. insyaAllah semoga memberi kebaikkan kepada kita semua.. lets hafal Quran and amalkannya. amin.

jangan lakukan aksi ini during RAYA(^-^)


.::In The Name of Allah, the Most Gracious the Most Merciful::.

Assalamualaikum my lovable viewers. we meet again in this next post.

kali ini sempena bulan syawal yang bakal tiba, lets raise our hands and express our fully grateful for His blessing n rezeki yang diberikan kepada kita continuously..

these are the tips yang kita kena elak untuk lakukan during raya nanti!!!

1) kalau ye pun bersemangat nak berpuasa, raya pertama tu janganlah puasa pula ye. haram tu.. nikmatilah syawal pertama tu sebaik-baiknya. kalau berkobar nak berpuasa juga, yang terbaiknya puasa 6 la.

2) disebabkan dah berpuasa selama sebulan, janganlah pula pelahap macam x makan setahun.. elok2 bulan puasa turun 5kg, raya baru 3 hari dah naik 10kg...haa....

3) kepada gadis2 yang nak pergi open house tu, dinasihatkan pakai jubah atau baju kurung yang bukan fit.. sebabnya kalau pakai kebaya atau baju kurung moden ala2 sarung nangka tu, confirm xselesa untuk kalian.. sebab open house ni mesti nak makan banyakkan? kalau pergi 10 rumah, 10 rumah la nak makan.. jadi dengan memakai jubah atau baju kurung yang tidak mengikut badan lebih menjamin keselesaan sehingga rumah ke 10..lebih2 lagi, ia menutup aurat dengan baik.

4) setelah selama sebulan menahan diri dari melakukan dosa2 rutin seperti bergossip, merokok, bergaduh  dan seangkatan dengannya..janganlah dah masuk time raya terus buat dosa2 tu balik.. ada pulak yang qada' semua 'aktiviti' tersebut sebab telah menahan selama sebulan..haaiisshh...lesap macam tu je pahala..

5) kepada pemuda2 yang rajin ke masjid tiap2 malam ( sebab ada more sodap), istiqamahkanlah amalan tersebut ye. time ramadhan, turn imam untuk solat terawih pun hafal... bila dah masuk syawal, nama imam pun x ingat dah...huhu...mak cik sebelah rumah baru nak rekemenkan anak dara dia, dah tunjuk contoh tak baik...selamat jalan romeo la...

6) time ramadhan rajinnyer bersedekah, bila dah masuk syawal, janganlah pulak mintak balik yer... ikhlaskan???

7) kepada yang bekerja tu, raya berayalah sakan.. seminggu lepas tu masuk kerja kenalah bersemangat juga ye.. janganlah lembik macam nasi impit kena himpit pulak...

haa...ni antara tips yang sempat dikongsi... kalau ada idea lain, akan ditambah kemudian..
selamat beramal!!!!

selamat hari raya aidilfitri
maaf zahir dan batin.

haaaiiissshh....penatnyer nak bersangka buruk dengan orang ni!


.::In The Name of Allah, the Most Gracious the Most Merciful::.

Assalamualaikum peeps and all the viewers.

alhamdulillah, dapat juga membuat entry yang kali ke..? Allah, lost track of post.. haha... walaupun sudah lama tidak menaip untuk blogku sayang ni, Allah izinkan juga.. Thank you Allah<3 p="p">
this time, i would like to share something that people will always take it for granted. satu sifat yang memang tak lekang dari daging manusia.. kalau takde sifat ni, bukan manusia normal la namenyer tu...(untuk manusia biasa macam kita la ek)

iaitu....sifat suka bersangka buruk!!!   haa.... cube try flash black, agak2 pernah tak bersangka buruk dengan orang...???



Manusia hari ini suka bersangka-sangka
Ada sangkaan baik... Ada sangkaan buruk

Orang beribadah disangka riakOrang yang relax disangka malasOrang yang pakai baju baru disangka menunjuk

Orang yang pakai baju buruk disangka zuhud (hina)
Orang makan banyak disangka pelahap 
Orang makan sikit disangka kedekut
Orang baik disangka burukOrang buruk disangka baikOrang senyum disangka mengejek
Orang masam disangka merajukOrang bermuzakarah disangka mengumpatOrang diam disangka sombong
Orang menawan disangka pakai susukOrang nampak ceria disangka membela
mana tahu yang diam itu kerana berzikir kepada Allah
mana tahu yang senyum itu kerana bersedekah
mana tahu yang masam itu kerana mengenangkan dosa
mana tahu yang menawan itu kerana bersih hati dan mindanya

mana tahu yang ceria itu kerana cergas cerdasnya

Jauhi sikap suka bersangka-sangka kerana ia bakal memusnahkan ukhwahseperti musnah nya kayu dimakan api…

haaa.... nampak tak kat sini betapa buang masanyer bersangka buruk pada orang? memanglah tak dinafikan kadang2 akan timbul semua syak wasangka yang buruk, tapi kita boleh control untuk positivekan balik keadaan n situasi yang dialami.

kalau tak percaya, try la nanti ye.. disiplinkan hati untuk sentiasa positive. apa-apa yang berlaku, be patient and positive. take all your worries and stress with a big bright smile..




Berikut  adalah tips dari Syeikh Abdul Kadir Al Jailani, untuk sentiasa bersangka baik sesama insan.

1)Jika kamu bertemu dengan seseorang, maka yakinilah bahawa dia lebih baik darimu. Ucapkan (dalam hatimu) : "Mungkin kedudukannya di sisi Allah jauh lebih baik dan lebih tinggi dari ku".

Jika bertemu anak kecil, maka ucapkanlah (dalam hatimu) : "Anak ini belum bermaksiat kepada Allah, sedangkan diriku telah banyak membuat maksiat kepadaNya. Tentu anak ini jauh lebih baik dariku".

Jika bertemu orang tua, maka ucapkanlah (dalam hatimu): "Dia telah beribadah kepada Allah jauh lebih lama dariku, tentu dia lebih baik dariku."

Jika bertemu dengan seorang yang berilmu, maka ucapkanlah (dalam hatimu): "Orang ini memperoleh kurnia yang tidak akan kuperolehi, mencapai kedudukan yang tidak akan pernah kucapai,  mengetahui apa yang tidak ku ketahui dan dia mengamalkan ilmunya, tentu dia lebih baik dariku."

Jika bertemu dengan seorang yang bodoh, maka katakanlah (dalam hatimu) : "Orang ini bermaksiat kepada Allah kerana dia bodoh (tidak tahu), sedangkan aku bermaksiat kepadaNya, padahal aku mengetahui akibatnya. Dan aku tidak tahu bagaimana akhir umurku dan umurnya kelak. Dia tentu lebih baik dariku."

Jika bertemu dengan orang kafir, maka katakanlah (dalam hatimu) : "Aku tidak tahu bagaimana keadaannya kelak, mungkin di akhir usianya dia memeluk Islam dan beramal soleh. Dan mungkin boleh jadi di akhir usia diriku kufur dan melakukan kemungkaran.